Sunday, October 25, 2015

Spageti Seafood Aglio Olio

Dah lama teringin nak makan aglio olio ni, baru-baru ni je dapat kerajinan nak buat. Sebelum ni pernah cuba buat, ikut resepi dari google tapi tak sedap.
Resepi yang ni saya olah dari 2 video masakan pasta di youtube. Spaghetti aglio e olio dari Laura in the Kitchen, lagi satu video seafood spahetti dari channel Yellowsaffron.

Bahan-bahan
250 spaghetti (saya guna angel hair)
7 ulas bawang putih-cincang halus
5 helai cili kering-potong panjang lebih kurang 1 inci. Boleh ganti dengan cili flakes.
200gm udang-buang kulit
200gm sotong-potong macam cincin
1/2 cawan mintak zaitun( saya guna pure olive oil)
1 cawan tomato ceri
Parsley kering(boleh guna yg fresh kalau ada)
Lada hitam
Garam

Masak spaghetti dulu, saya guna San Remo Angel Hair pasta.2 minit dah masak. Toskan dan masukkan dalam mangkuk.

Tuang minyak zaitun dalam pan. Terus masukkan bawang putih tanpa tunggu minyak panas. Sebab kite nak bagi rasa pedas bawang putih tu keluar dengan minyak.Bila dah naik bau bawang putih tu, masukkan cili kering yang dah di potong-potong tadi. Boleh masukkan udang dengan sotong. Masukkan tomato ceri sekali. Tambah daun parsley, garam dan lada hitam secukup rasa. Kalau rasa macam kering sangat boleh tambah minyak zaitun sedikit.

Matikan api dan tuang dalam mangkuk pasta tadi. Gaul rata, bagi semua bahagian pasta tu kena ,baru sedap. Dah siap pasta aglio olio seafood kite macam gambar dekat bawah ni :)


1 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)